
Salam Semua
Sejak 2 menjak ini, ofis aku dilanda sejenis Malware ke Virus ke aku pun tak pasti. Cuba guna Malwarebytes, AVG 8.5, Avast & Trend Micro semua gagal mengawalnya. Jadi terpaksalah cari solution sendiri sebelum ada antivirus yang boleh menyelesaikan masalah ini. Tapi ia sungguh memenatkan, bayangkan kalau 10 PC telah dijangkiti.
Simtom : Title Internet Explorer tertulis HBKiller In The House!!!, PC akan jadi slow, akan berlaku duplikasi file dan mudah tersebar melalui pendrive.
Sebelum memulakan langkah-langkah di bawah, Padamkan semua aplikasi PC anda terutama IE.
Langkah 1
Matikan fungsi Autoplay di Group Policy.
START-RUN-taip GPEDIT.MSC(huruf kecil)-ADMINISTRATIVE TEMPLATE-SYSTEM-TURN OFF AUTOPLAY-double klik-tick ENABLE-select ALL DRIVE.
Langkah 2
Matikan fungsi STARTUP.
START-RUN-taip MSCONFIG(huruf kecil)-STARTUP-untick HBKILLER-APPLY-OK-exit without restart.

Langkah 3
Matikan Processes.
klik serentak CTL ALT DEL-TASK MANAGER-PROCESSES-cari & tick WSCRIPT.EXE-END PROCESS.

Langkah 4
Padamkan 3 ikon HBkiller di Drive anda. (C, D mengikut berapa byk partition)
MY COMPUTER-FOLDER-C DRIVE-TOOLS-FOLDER OPTION-VIEWS-tick SHOW HIDDEN FILES & FOLDER.
cari 3 ikon ini:[AutoRun.inf, HBKiller.js & HBKiller_#1.html] Delete ke tiga-tiga ikon tersebut dengan menekan SHIFT-DEL.

Langkah 5
Padamkan akar HBKiller di System32
C Drive-WINDOWS-SYSTEM 32- cari HBKILLER.JS. Delete seperti langkah 4.
Langkah 6
Padamkan di Register File
START-RUN-taip REGEDIT(huruf kecil)-EDIT-FIND-taip HBKiller In The House!!!. Delete semua register yang mempunyai frasa HBKiller sehingga habis. Caranya tekan F3 untuk mencari lebih lanjut. Delete semua [manok. rempit dll]

Langkah 7
RESTART PC anda.
P/S: Jika ada sesiapa yang mempunyai kaedah yang lebih mudah silalah berkongsi kerana langkah yang aku senaraikan ini amat memenatkan dan mungkin sukar bagi pengguna biasa.
*Untuk membolehkan anda meninggalkan comment di setiap posting NOTASAJA.COM, sila gunakan browser Mozilla Firefox atau Google Chrome atau Safari.











3 comments:
tak jadi la.. masih ada.
Kene ikut btul2. i buat jadi jerrr
tq boss, tp pening jugak nak carik mat rempit and manok panggang tu...
Post a Comment