Mungkin ramai yang menganggap bahawa microsoft merupakan punca kepada penyebaran virus. Setiap perisian yang dikeluarkan oleh microsoft mempunyai ciri-ciri yang membolehkan ia menjadi proksi kepada penyebaran virus samada melalui talian ataupun diluar talian.
Kadangkala kurangnya sikap berhati-hati di dalam diri pengguna juga menyumbang kepada penyebaran virus tersebut. Kita kadangkala tidak pernah merasa was-was terhadap USB Stick, CD ataupun Removable Hard Disk yang diberikan oleh rakan ataupun sesiapa sahaja.
Fungsi yang disediakan oleh operasi windows pula menyebabkan kita tak pernah persoal apa yang dilakukan oleh sistem sebaik sahaja CD, Removable HDD dan USB Stick dipasang pada komputer. Hasilnya komputer kita dijangkiti tanpa disedari.
Cuba bayangkan sekiranya ada individu yang meletakkan satu arahan Format C: /q dalam arahan yang akan dilaksanakan oleh sistem sebaik sahaja ia dipasang atau meletakkan sejenis pepijat yang akan mencuri sebarang maklumat seperti katalaluan BANK dan sebagainya. Ikuti selanjutnya....
Tuesday, May 19, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)











0 comments:
Post a Comment